Friday, October 9, 2009

Tentang Kami

KPT5033

Kelas 4.30 - 6.30 ptg


MASLINDA BINTI YAHAYA

L20092003498

IBULAN BINTI ROSLEE
L20092003517

Galeri Kelab....

AKTIVITI KELAB ERT SMKR



Bengkel Jahitan Kelab ERT SMK Rahmat



Kursus Kemahiran Menjahit Hasil Ahli Kelab ERT SMK Rahmat



Pameran Karnival ERT SMK Rahmat Pelajar Menunjukkan Bakat Masing-masing


Kepuasan Terpancar di Wajah Masing-masing

Matlamat & Objektif Kelab ERT SMKR

MATLAMAT
Untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri makanan

OBJEKTIF
Kurikulum Katering dan Penyajian adalah untuk membolehkan pelajar:

*Menyediakan, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan.
*Merancang menu untuk jualan makanan dan sambutan majlis perayaan.
*Membuat pengiraan kos dalam penyediaan makanan.
*Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan mamasak dalam projek kerja.
*Menggunakan peralatan memasak, menghidang dan mengepek makanan.
*Menyusun atur kelengkapan perabut penyajian dan peranggu meja serta
melayan pelanggan.
*Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan perkhidmatan penyajian
makanan
*Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

INFO: 100 Makanan Warisan Malaysia














BUKAN sekadar popular, keistimewaan dan kepercayaan masyakat terhadap sesuatu makanan dapat ditonjolkan menerusi masakan. SEJAK zaman berzaman, makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Daripada lauk-pauk, kuih-muih hinggalah makanan pembuka selera, ia turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini.

Nasi/Beras
  • Nasi Lemak
  • Nasi Ayam
  • Nasi Kunyit(pulut kunyit)
  • Nasi Tumpang
  • Nasi Kerabu
  • Nasi Dagang
  • Nasi Himpit
  • Nasi Goreng
  • Nasi Ulam
  • Ketupat
  • Lemang
  • Pulut Kukus dalam Periuk Kera
  • Pulut Panggang

Mi

  • Mi Mamak
  • Laksa Asam
  • Char Kuey Teow Pulai Pinang
  • Laksa Johor

Lauk Pauk

  • Rendang
  • Serunding
  • Ayam Percik
  • Manok Pansoh
  • Masak Asam Pedas
  • Gulai Tempoyak Ikan Patin
  • Ikan Bakar
  • Masak Ikan Tanah Liat
  • Gulai Lemak Umbut
  • Gulai Lemak Lada Padi
  • Gulai Asam Rom
  • Kari Kepala Ikan
  • Kurma Daging
  • Pajeri Masak Ikan dan Pisang dalam Buluh
  • La-Tiang
  • Daging Dendeng
  • Ayam Panggang
  • Botok-botok Ikan

Minuman

  • Teh Tarik
  • Cendol
  • Air Batu Campur (ABC)
  • Air Kelapa
  • Air Selasih

Makanan Pembuka Selera

  • Hinava/umai
  • Pekasam
  • Tempoyak
  • Otak-otak
  • Sambal Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
  • Sambal Gesek Ikan Bilis
  • Sate
  • Yee Sang
  • Sata
  • Telur Pindang
  • Kerabu Mangga Muda
  • Acar Buah

Kuih/Bubur

  • Kuih Keria
  • Kuih Koci
  • Akok
  • Kuih Seri Muka
  • Kuih Cara
  • Kuih Bingka
  • Kuih Bakul
  • Kuih Bulan
  • Kuih Cincin
  • Kuih Bakar
  • Kuih Sepit
  • Apam Balik
  • Pisang Goreng Keropok
  • Epok-epok
  • Karipap
  • Buah Melaka/Ondeh-ondeh Lempeng
  • Bahulu
  • Dodol
  • Lempuk Durian
  • Wajik
  • Seri Kaya Halwa
  • Agar-agar Sakar
  • Halwa Sukun
  • Tapai
  • Masalodeh
  • Putu Mayam
  • Muruku
  • Roti Jala Roti Canai
  • Tosai
  • Penderam
  • Kuih Lopis
  • Wajik Sirat
  • Wajik Ubi Kayu
  • Puding
  • Laddu
  • Bubur Pedas Sarawak
  • Bubur Assyura
  • Bubur Sum-sum
  • Bubur Kacang

HijauAm

  • Ubi Kayu
  • Sagu

KENALI REMPAH RATUS PENYEDAP MAKANAN

Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.Itulah keistimewaan rempah ratus dan herba. Malah negara kita (Melaka khususnya) pernah menjadi pusat perdagangan rempah di rantau ini suatu ketika dahulu.Antara fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan ialah menambah perisa dan kelazatan tanpa menambah lebih kalori, lemak, gula, sodium atau garam pada masakan. Aromanya bukan sahaja membuatkan kita tak sabar menikmati keenakannya, malah ia juga membuang bau tidak enak pada masakan seperti bau hamis daging, dan juga hanyir ikan. Rempah ratus dan herba dalam hidangan juga membuatkan masakan nampak lebih menyelerakan dengan warna dan bentuknya yang pelbagai.

Aktiviti Akan Datang....

15hb September 2009
Bengkel Membuat Biskut Raya bertempat Bilik Masakan KH 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat. Perserta terhad kepada 15 orang sahaja. Sila daftarkan nama kepada Cikgu Ibulan Binti Roslee sebelum 2 September 2009

12hb Oktober 2009
Bengkel Menjahit Baju Lelaki bertempat Bilik Jahitan KH 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat. Perserta terhad kepada 20 orang sahaja. Sila daftarkan nama kepada Cikgu Maslinda Binti Yahaya sebelum 5 Oktober 2009

14hb November 2009
Bengkel Memasak Rendang Daging bertempat Bilik Masakan KH 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat. Peserta terhad kepada 15 orang sahaja. Sila daftarkan nama kepada Cikgu Ibulan Roslee sebelum 5 November 2009 . Barang masakan di sediakan

20hb Disember 2009
Bengkel Gubahan Bunga bertempat Bilik Jahitan KH 3 Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat. Peserta terhad kepada 20 orang sahaja. Sila daftarkan nama kepada Cikgi Maslinda Yahaya sebelum 5 Disember 2009.


30hb Disember 2009

KARNIVAL ERT sempena Temasya Fiesta SMK Rahmat 2009

Selamat Datang Ke Kelab ERT SMKR

KELAB ERT SMK RAHMAT

Kelab ert ditubuhkan pada 01.03.1998 oleh pelajar-pelajar kemahiran hidup (ekonomi rumah tangga SMK Rahmat Melaka) dengan bimbingan dan keprihatinan daripada tenaga pengajar kursus dengan matlamat utama member pendedahan terhadap bakat para pelajar terhidap bidang ini.

Subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT)merupakan satu subjek elektif Kemahiran Hidup Tingkatan 1-Tingkatan 3 malah juga merupakan salah satu subjek dalam aliran sastera tingkatan 4 dan 5. Kelab ini ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengenali dan mempelajari subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan seronok tanpa suasana pelajaran formal melalui pertandingan, demonstrasi dan kuiz. Aktiviti-aktiviti dalam kelab ERT ialah berdasarkan cara-cara penyediaan makanan, cara-cara menyusun atur peranggu meja, hiasan tempat kediaman, kraf tangan, dan jahitan.Perjumpaan Kelab ERT diadakan di Bilik Masakan dan Bilik Pengurusan Diri.