Friday, October 9, 2009

Selamat Datang Ke Kelab ERT SMKR

KELAB ERT SMK RAHMAT

Kelab ert ditubuhkan pada 01.03.1998 oleh pelajar-pelajar kemahiran hidup (ekonomi rumah tangga SMK Rahmat Melaka) dengan bimbingan dan keprihatinan daripada tenaga pengajar kursus dengan matlamat utama member pendedahan terhadap bakat para pelajar terhidap bidang ini.

Subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT)merupakan satu subjek elektif Kemahiran Hidup Tingkatan 1-Tingkatan 3 malah juga merupakan salah satu subjek dalam aliran sastera tingkatan 4 dan 5. Kelab ini ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengenali dan mempelajari subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan seronok tanpa suasana pelajaran formal melalui pertandingan, demonstrasi dan kuiz. Aktiviti-aktiviti dalam kelab ERT ialah berdasarkan cara-cara penyediaan makanan, cara-cara menyusun atur peranggu meja, hiasan tempat kediaman, kraf tangan, dan jahitan.Perjumpaan Kelab ERT diadakan di Bilik Masakan dan Bilik Pengurusan Diri.

No comments:

Post a Comment