Friday, October 9, 2009

Matlamat & Objektif Kelab ERT SMKR

MATLAMAT
Untuk melahirkan murid yang kreatif dan berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri makanan

OBJEKTIF
Kurikulum Katering dan Penyajian adalah untuk membolehkan pelajar:

*Menyediakan, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan.
*Merancang menu untuk jualan makanan dan sambutan majlis perayaan.
*Membuat pengiraan kos dalam penyediaan makanan.
*Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan mamasak dalam projek kerja.
*Menggunakan peralatan memasak, menghidang dan mengepek makanan.
*Menyusun atur kelengkapan perabut penyajian dan peranggu meja serta
melayan pelanggan.
*Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan perkhidmatan penyajian
makanan
*Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

No comments:

Post a Comment